Larutan Fehling biasanya dibuat sebelum sahaja ujian ingin dijalankan. Ia terdiri daripada jumlah yang sama larutan-larutan berikut:
- 69.28 gram kuprum(II) sulfat pentahidrat dilarutkan dalam 1 liter air suling
- 346 gram garam Rochelle (kalium natrium tartrat tetrahidrat) dan 120 gram natrium hidroksida dalam 1 liter air suling
Ujian Fehling
Pertama sekali, aldehid dicampurkan dengan larutan Fehling & campuran dipanaskan. Aldehid dioksidakan menjadi asid dan mendakan merah kuprum(I) oksida akan terhasil.Ion kuprum(II) dikomplekskan bersama ion tartrat. Hubungan dengan kumpulan aldehid menurunkannya menjadi ion kuprum(I), yang kemudiannya termendak sebagai Cu2O (kuprum(I) oksida) merah.
Penurunan:
Pada masa kini, larutan Fehling biasanya digantikan dengan Larutan Benedict.